Wednesday, 19 December 2012

MARY KAY: Jaminan Produk yang Diyakini!

MARY KAY: Jaminan Produk yang Diyakini!
Jaminan produk Mary Kay ialah satu bukti akan tingginya kualiti produk Mary Kay. Ia direka begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli itu adalah antara yang terbaik dipasaran. Mary Kay komited menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan setiap wanita.
Keselamatan produk adalah keutamaan Mary Kay. Setiap tahun Mary Kay Inc membelanjakan jutaan dolar bagi menjalankan lebih 300,000 ujian bagi memastikan setiap produk Mary Kay memenuhi piawai tertinggi dari segi keselamatan , kualiti dan prestasi.
Pakar-pakar sains menilai setiap ramuan satu persatu dan setiap produk yang terakhir. Semua ujian yang ketat, ujian semula, diselia oleh pakar Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuklah saintis yang berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yang lain dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.
Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukan pandangan semata. Mary Kay Inc bersandarkan kepada bukti penyelidikan saintifik yang menggunakan teknologi paling maju yang boleh didapati, dan syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian telah membuktikan ia selamat dan berkesan.
Pakar-pakar dermatologi dan perubatan lain yang disahkan Lembaga Bebas memainkan peranan yang amat penting dalam pengujian produk.
Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay® di bawah penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yang sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara ekstensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yang akan digunakan di bahagian mata.
Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.
Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yang ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc. sentiasa melangkaui apa yang diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.
Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian haiwan. Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan, atau meminta bagi pihaknya untuk menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan telah bersumpah tidak akan melakukannya pada masa akan datang.
Jaminan Kepuasan Jika atas sebarang alasan pelanggan anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan berikutan barang belian itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay® yang sah atau jika dia tidak aktif lagi, kepada Syarikat berserta dengan bukti pembelian.

No comments:

Post a Comment