Sunday, 24 February 2013

ESRS

Saya baru join ESRS pd 9 & 10 februari yang lalu,,sebenarnya dh pergi ESRS pada 22-23/12/2012,,tapi x sempat habis,,pukul 4.45 ptg(1st Day),dapat call bapa mertua meninggal kat Chemor(asben saya org Chemor,Ipoh),,Jadi bergegas ke sana,,Syukur,,pada 9-10 feb,,ESRS buat kat KB,,sempat la saya join dan sempat dapat Voucher RM200...Aa itu ESRS?
Kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat bagi mempelajari asas perniagaan dalam mencapai matlamat setiap Beauty Consultant Mary Kay
APA ITU ESRS?
Ia adalah program selama dua hari yang menekankan pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu memulakan bisnes. Melaluinya, kita akan dapat:-
1) Mengenali siapa Mary Kay
2) Meneroka dan merealisasikan impian
3) Menjual produk Mary Kay
4) Kenalpasti Jenis Kulit saudari
5) Mengetahui Produk Mary Kay
6) Pengurusan Bisnes
7) Pelan Tindakan
Apakah Faedahnya?
Di hujung kursus dua hari ini, setiap BC akan menerima:-
Hadiah istimewa selepas melengkapkan tugasan
Sijil Tamat Program
Pin ESRS yang eksklusif
Baucer bernilai RM200 (boleh ditebus semasa membuat belian)
Memang berbaloi-baloi,,banyak ilmu yang dapat
Saya Beauty Consultant yang bergerak aktif di Sekitar Kelantan & Terengganu,,untuk cuba produk(free sample dn free trial),,blh sms saya di 012-6854585

Kelas Kecantikan dan bengkel asas Make up Di Dynasty Inn,Kota Bharu

25/12/2012
Skin Care Class saya yang pertama lepas jadi beauty consultant pada 1/12/2012,di Dynasty Inn,,bersama recruiter saya yang comel lotey,,Wan Rahayu(Red Jacket,yang x pakai cermin mata tu,,)Sorang lagi red jacket adalah Lin(Unit lain)..Tq so much Ayu,,,sebab banyak tunjuk ajar dan selalu bagi semangat...Lapppp U

Saturday, 2 February 2013

MARY KAY OIL FREE EYE MAKEUP REMOVER

(mengandungi kolagen & air)
APAKAH COLLAGEN ? Collagen merupakan satu produk yang telah diformulasikan berasaskan teknologi farmaseutikal untuk memberi manfaat yang tidak terhingga kerana tubuh badan pengamalnya dari hujung rambut ke hujung kaki.
COLLAGEN MERUPAKAN STRUKTUR PROTEIN YANG BERFUNSI SEBAGAI :- Perekat dalam badan Ia merupakan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan. Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot. Untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan baru.
APA KELEBIHAN COLLAGEN ?
1-Kajian klinikan telah menunjukkan keberkesanan collagen dalam :
2-Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan.
3-Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.
KHASIAT MENGGUNAKAN CATALYST COLLAGEN 1-Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit.
2-Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut.
3-Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap.
4-Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau.
5-Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima.
KESAN MENGAMALKAN CATALYST COLLAGEN
1-Kulit tidak akan berminyak.
2-Dapat mengurangkan masalah jerawat akan hilang.
3-Dapat mengurangkan parut-parut yang ada dikulit.
4-Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga.
5-Minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan menjadi lebih lancar.

KERANA MARY KAY

SAYA seronok dengan kerjaya saya sekarang. Ia seperti kanak-kanak yang bermain mekap dengan kawan-kawan jujur," kata Maselma Masdon, gadis manis yang ditemui di ibu pejabat Mary Kay, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Pun begitu, apabila mendengar pendapatan yang diperoleh daripada 'kerja main-main mekap' itu, penulis kagum dengan kejayaan yang diperoleh oleh Maselma.
Pada usia semuda 27 tahun dan masih solo, dia sudah memperoleh pendapatan mencecah lima angka sedangkan ramai lagi yang sehingga pencen pun tidak mampu untuk mendapat gaji sebanyak yang diperoleh olehnya. Memegang jawatan sebagai pengarah jualan Mary Kay, sebuah syarikat kosmetik beribu pejabat di Dallas, Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu, Maselma berjaya memperoleh jualan sebanyak AS$800,000 (RM2.8 juta) pada tahun lalu. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar bagi seseorang yang baru menyertai syarikat tersebut apatah lagi pada usianya yang masih muda.
Kejayaan Maselma ini memberi dorongan dan semangat kepada adiknya Maselda yang turut menyertai Mary Kay dan memperoleh jualan sebanyak AS$700,000 (RM2.4 juta) tahun lepas. Kejayaan dua beradik ini menjadikan mereka diiktiraf sebagai pengarah jualan Mary Kay yang termuda di Malaysia. Ini melayakkan setiap seorang daripada mereka untuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis Eksekutif merah jambu bernilai RM112,000 dan merupakan yang termuda di Asia Pasifik yang menerimanya.
Menurut Maselma, hanya terdapat 30 buah sahaja kereta sedemikian di Malaysia dan mereka merupakan adik beradik pertama dalam Mary Kay yang dianugerahkan kereta tersebut. Lima tahun menyertai Mary Kay, setiap tahun itu juga dia mendapat pengiktirafan dan menerima pelbagai insentif seperti cincin berlian, percutian percuma ke Bangkok, China, Amerika Syarikat dan Australia. Dengan pendapatan yang diperoleh juga Maselma berpeluang menunaikan fardu haji dan membawa ibu bapa dan adik beradiknya bercuti setiap tahun ke luar negara.
Berkongsi kejayaannya, Maselma yang berkelulusan Sarjana Akaun dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), pernah bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat audit sebaik menamatkan pengajian. Bagaimanapun rutin tugas yang sama pada setiap hari, berhadapan dengan angka dan tidak berpeluang bergaul dengan orang lain membuatkan jiwanya resah dan ingin keluar daripada dunia yang mengongkong dirinya. ''Saya inginkan perubahan dan tidak mahu kehidupan muda saya berlalu dengan perasaan tertekan sedangkan gaji yang diperolehi tidak sebanyak mana.
''Falsafah Mary Kay yang mahu memperkaya kehidupan wanita dan mengutamakan Tuhan, keluarga dan karier amat menarik hati saya untuk menyertainya. Kini saya bersyukur kerana selain saya sendiri suka dengan kerjaya ini, saya juga dapat membantu keluarga serta wanita lain di Malaysia,'' ujar anak kedua daripada enam beradik ini. Menurut Maselma, tugas-tugas yang diserahkan kepadanya dapat dilakukan dengan baik seperti mengadakan kelas kecantikan dan mengajar wanita yang berminat untuk menjadi cantik, menjaga kecantikan kulit wajah serta cara mekap dan bergaya yang betul. Maselma juga diberi kepercayaan untuk menjaga jualan di Malaysia dan Singapura dan di antara 10 orang pengarah jualan yang layak membuka pasaran di Singapura.
Mengulas perubahan pada dirinya sendiri sebelum dan selepas menyertai syarikat tersebut, kata Maselma; ''Jika dahulu semasa bekerja dengan syarikat audit saya tidak pandai langsung mengenakan mekap pada wajah mahupun menjaga kebersihan kulit muka namun sekarang setiap hari saya menggunakan lebih 10 langkah penjagaan bagi mendapatkan kulit yang bersih, berseri dan halus.''

Wednesday, 19 December 2012

MARY KAY: Jaminan Produk yang Diyakini!

MARY KAY: Jaminan Produk yang Diyakini!
Jaminan produk Mary Kay ialah satu bukti akan tingginya kualiti produk Mary Kay. Ia direka begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli itu adalah antara yang terbaik dipasaran. Mary Kay komited menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan setiap wanita.
Keselamatan produk adalah keutamaan Mary Kay. Setiap tahun Mary Kay Inc membelanjakan jutaan dolar bagi menjalankan lebih 300,000 ujian bagi memastikan setiap produk Mary Kay memenuhi piawai tertinggi dari segi keselamatan , kualiti dan prestasi.
Pakar-pakar sains menilai setiap ramuan satu persatu dan setiap produk yang terakhir. Semua ujian yang ketat, ujian semula, diselia oleh pakar Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuklah saintis yang berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yang lain dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.
Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukan pandangan semata. Mary Kay Inc bersandarkan kepada bukti penyelidikan saintifik yang menggunakan teknologi paling maju yang boleh didapati, dan syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian telah membuktikan ia selamat dan berkesan.
Pakar-pakar dermatologi dan perubatan lain yang disahkan Lembaga Bebas memainkan peranan yang amat penting dalam pengujian produk.
Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay® di bawah penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yang sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara ekstensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yang akan digunakan di bahagian mata.
Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.
Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan keselamatan kerajaan yang ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc. sentiasa melangkaui apa yang diperlukan oleh undang-undang apabila ia berkaitan dengan keselamatan produk.
Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian haiwan. Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan, atau meminta bagi pihaknya untuk menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan telah bersumpah tidak akan melakukannya pada masa akan datang.
Jaminan Kepuasan Jika atas sebarang alasan pelanggan anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan berikutan barang belian itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay® yang sah atau jika dia tidak aktif lagi, kepada Syarikat berserta dengan bukti pembelian.

Testimoni Produk Mary Kay

Testimoni Produk Mary Kay yang terbaru dari Customer saya...
Assalamualaikum & selamat petang buat semua teman-teman.. Ada sesuatu berita yang agak menggembirakan hati saya sebenarnya.. Saya nak kongsikan 1 testimoni terbaru dari customer saya sendiri.
Syukur alhamdulillah selepas menetapkan tarikh untuk 1 temujanji sihat di Shah Alam,, Masa itu saya hanya kenal beliau dilaman sosial seperti biasa iaitu Facebook.
Tidak saya sangka orangnya yang sangat lembut & hanya mendengar teliti apa yang saya cuba terangkan mengenai kulit wajah, produk dipasaran yang banyak mengandungi bahan kimia serta cara merawat kulit wajah yang betul menggunakan produk penjagaan wajah harian.
Ika yang saya bantu masa itu dalam dilema kerana beliau pernah memakai pelbagai produk kecantikan dipasaran seperti sebelum ni guna mcm2 produk kimia antaranya sf beuty,tia amelia.safi balqis pelembab je kata beliau..
Untuk pengetahuan anda produk di Malaysia ini sebenarnya berasal dari 1 kilang yang sama.
Mereka menukar nama untuk penjenamaan semula & mengandungi racun yang dikenali sebagai HIDROKINUN: RACUN PENCUCI KODAK. Sifat yang mudah dikenal pasti untuk anda membuat rujukan:
PENCUCI MUKA BERBUIH
FRESHENER BERWARNA HIJAU @ KUNING,, *cuba letakkan di atas facial cotton tunggu & lihat.
Gambar di bawah adalah result beliau memakai produk Basic Mary Kay selama 2 bulan atas nasihat saya & beliau hanya mampu menggunakan:
Set botanical:
Eye makeup remover RM60
Clenser f2 RM65,
Freshener f3RM65
Mask f3 RM80,
Oil Free Hydrating Gel-Oily Skin RM125,
satin Lip Mask RM45.
Dengan hanya budjet RM440 untuk penggunaan 7 bulan,, sebulan jatuh RM63.
Facial sendiri di rumah lebih selamat kerana:
-Produk yang selamat & suci.
-Hanya kita sahaja yang tahu tekanan dimuka kita sendiri.
-Tidak risau dengan perpindahan bakteria.
***Bergantung pada kekerapan penggunaan mengikut individu. Biasanya cleanser, freshener boleh digunakan hanya 3-5 bulan sahaja. ***Penggunaan produk yang dicadangkan sebenarnya bergantung juga pada budjet anda tiada paksaan dalam jual beli..
GAMBAR 1: Sebelum menggunakan Mary Kay Produk
GAMBAR 2: Selepas menggunakan produk Mary Kay
GAMBAR 3: Selepas sebulan jerawat kimia keluar ianya berwarna merah keluar dari dalam kulit.
GAMBAR 4: PEMBETULAN 28/6/2012 jerawat kimia semakin surut.
Dan hari nie 30/7/2012 beliau telah menghantar gambar melalui INBOX FB Dya Romantika <3 Lain-lain TESTIMONI BEAUTY CONSULTANT MARY KAY .
Saya sedang menunggu gambar terbaru dari ika dia mula memakai set penjagaan wajah harian dari APRIL.. TERIMA KASIH tidak terhingga kepada ika kerana percayakan produk yang selamat iaitu Mary Kay.
Ika pesan:
syg kalau stop,mula2 mmg la dia keluar jerawat,lps tuh dah ok..kulit pon licin je,xde mcm lopak2 tu..hehehehe
Ika nie yang layak jadi beauty consultant sebab dia tahu serba sedikit mengeni produk Mary Kay sekarang,,
TAHNIAH Ika dya ucapkan.. Teruskan untuk berikan kulit wajah awak sihat seperti sedia kala sebelum ini.. dya akan cuba pantau awak selagi dya ada,, insyallah.. Sumber:Blog BC Dya Romantika

Tuesday, 18 December 2012

RAWATAN KECANTIKAN DALAM ISLAM

Pada zaman yang serba moden ini,kita dapat melihat betapa banyaknya kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan rawatan kecantikan yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Antara rawatan-rawatan kecantikan yang terdapat pada masa kini adalah teknik rebonding, hair transplantation dan botox,Rawatan-rawatan ini sudah tentu menjadi pilihan ramai orang tidak mengira latak belakang agama mahupun bangsa.Namun begitu Islam agama yang syumul tidak menghalang penganutnya untuk menjalani rawatan kecantikan ini,tetapi hendaklah berpandukan pada syariat yang telah ditetapkan.
Dalil pengharusan
Islam secara umumnya mengharuskan penganutnya menjalani rawatan kecantikan ini.Berikut adalah dalil-dalil keharusan untuk menjalani sesuatu rawatan:
seorang arab badwi datang kepada rasulullah SAW bertanya,”ya Rasulullah perlukan kita berubat?” Rasulullah SAW menjawab.”ya,wahai hamba-hamba Allah taala hendaklah kamu berubat”(HR Ahmad)
Berbekam adalah satu bentuk daripada penbedahan kecil,ianya dibenarkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bersabda:
إن فيه شفاء
“Sesungguhnya berbekam ini adalah satu penawar”(HR Bukhari dan Muslim)
Etika rawatan kecantikan (beauty treatmant) menurut Islam Rawatan yang dijalankan hendaklah mengikut syarat-syarat berikut:
1. bukan untuk mengubah ciptaan Allah. Firman Allah:
“(syaitan berkata) Akan aku suruh hamba-hambamu agar mereka mengubah ciptaan Allah.Dan demi sesungguhnya,aku akan menyesatkan mereka(dari kebenaran),dan demi sesungguhnya aku akan memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka(mencacatkan binatang-binatang ternakan),lalu mereka membelah telinga binatangg-binatang itu;dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.Dan ingatlah sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah,maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata” ( 118 dan 119: an-Nisa)
Nabi saw bersabda:
لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)
Contoh-contoh mengubah ciptaan Allah adalah kasi,tatu,mewarna uban menggunakan pewarna hitam dan lain-lain lagi.
2.Tidak ada penipuan .
Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:
“Allah melaknat orang yang perempuan yang menyambung rambut dan orang yang meminta untuk menyambungkan rambut”(HR Bukhari dan Muslim)
Khatobi berkata “sesungguhnya akibat yang buruk (laknat) pada perkara ini kerana ia satu bentuk penipuan”.
3.Tidak menyerupai jantina yang berlainan.
Ia bermakna bahawa rawatan kecantikan yang dilakukan hendaklah tidak mengakibatkan sesuatu bahagian pada badan pesakit menyerupai jantina yangg bertentangan dari jantina yang sebenar.Misalnya,rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas dada pesakit lelaki hendaklah tidak menyebabkan bentuk yang asal berubah atau menyerupai bentuk dada wanita. Rasulullah saw bersabda :
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”.(HR Bukhari dan Muslim)
4.Tidak berniat untuk menyerupai orang yang bukan Islam.
Hendaklah juga rawatan kecantikan yang dilakukan tidak beniat untuk menyerupai dan meniru segala yang berkaitan dengan orang yang bukan Islam.Rasulullah S.A.W bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
“sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, mereka termasuk dalam golongan kaum itu”.(HR Abu Daud)
5.Tujuan rawatan kecantikan adalah untuk mengembalikan bahagian yang mengalami kecacatan kepada keadaan yang normal .
6.Jika rawatan melibatkan pembedahan,hendaklah ia mempunyai syarat-syarat seperti berikut:
a. ia diperlukan untuk mengubah kecacatan.
b. keizinan pesakit atau penjaganya
c. Dilaksanakan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan
d. Peratusan kejayaan pembedahan adalah tinggi dan tidak memberi kemudaratan
e. Tidak ada pilihan yang lain
7.Tidak menggunakan najis dan perkara-perkara yang diharamkan ketika melakukan
Rujukan: az-Zinah wat Tajammul wa Ahkamuha oleh Dr Khalaf Jawwad danAl-Jarahah Tajmiliah oleh saleh Fauzan.