Wednesday 12 December 2012

Time Wise Night Restore & Recover Complex

Waktu malam ialah masa yang tepat untuk mencergaskan potensi penentang usia kulit. Produk penjana kuasa ini dirumus untuk mengoptimumkan daya pemulihan kulit pada waktu malam dengan mencetuskan penghasilan kolagen baru*, memulihara perintang kulit * dan membantu mengisi semula simpanan antioksidan yang berharga. “
7 daripada 10 wanita bersetuju bahawa kulit mereka berasa lebih muda selepas seminggu. Dan dalam satu kajian pengguna bebas selama 12 minggu, satu majoriti besar wanita bersetuju bahawa TimeWise® Night Restore & Recover Complex mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang dan kerosakan akibat persekitaran sebagai antara faedah yang ketara.*
 71% mengatakan ia mengurangkan keketaraan kerosakan akibat persekitaran
 70% mengatakan ia mengurangkan tanda penuaan pramatang
 69% mengatakan ia mengurangkan keketaraan garis ekspresi
 76% mengatakan kulit berasa lebih tegang
+Keputusan yang dilaporkan dalam satu kajian pengguna bebas selama 12 minggu
PELANGGAN SASARAN
 Wanita yang sedia melawan penuaan pada tahap yang seterusnya
 Wanita yang sedia menggunakan teknologi terkini dan ramuan yang paling berkesan
 Wanita yang pernah melihat faedah ketara yang dibawakan produk TimeWise® dan ingin meningkatkan lagi faedah produk yang mereka sedang guna.
 Wanita yang mungkin baru mengenali TimeWise® tetapi sedang mencari inovasi baru dalam penjagaan kulit
BAGAIMANA IA BERTINDAK
Ahli-ahli sains di Pusat Penyelidikan Mary Kay membangunkan satu produk dengan 5 ramuan utama yang membekalkan keperluan yang paling diperlukan kulit anda:  Ia mencetuskan penghasilan kolagen baru.* TimeWise® Night Restore & Recover Complex dirumus dengan palmitoil tetrapeptide-7, satu ramuan yang terkenal serta penting untuk mencetuskan penghasilan kolagen.
 Ia mensasarkan matriks kulit.* Komponen asas matriks derma kulit ialah kolagen, iaitu rangka seperti jaring yang menyokong kulit. Semakin lemah matriks derma, semakin tualah orang itu akan kelihatan. Memandangkan palmitoil tetrapeptide-7 ialah ramuan yang terkenal penting untuk mencetuskan penghasilan kolagen *, maka ia merupakan ramuan penting dalam produk penjagaan kulit yang dirumus untuk menentang tanda penuaan yang ketara.
 Ia memulihara perintang kulit.* Perintang yang sihat amat penting kepada kesihatan kulit, memandangkan perintang mengawal dan mengekalkan paras lembapan yang membantu kulit berfungsi dan wajar. Sebahagian besar daripada perintang kulit terdiri daripada lipid yang fungsinya boleh disokong oleh ramuan tertentu. Sterol buah delima yang kaya dengan lipid berpotensi membantu memperkuat dan menstabilkan perintang kulit.
Pusing ganti sel juga merupakan elemen penting dalam kesihatan kulit memandangkan sel yang lama boleh menghalang sel baru daripada timbul di permukaan. Ekstrak Buah Berangan telah menunjukkan keupayaannya menggalakkan pusing ganti sel*.
 Ia membantu kulit pulih daripada kerosakan harian. Setiap hari, kulit terdedah kepada radikal bebas akibat dedahan UV yang menyebabkan kerosakan berpanjangan yang boleh mengumpul momentum jika tidak diatasi segera.
Ekstrak Biji Kapas yang kaya dengan peptida boleh membantu kulit pulih daripada cabaran* yang dihadapinya pada sebarang hari.
Ekstrak Acai Berry pula membantu mengisi semula kehilangan antioksidan pada siang hari. Melainkan simpanan antioksidan ini diisi semula pada waktu malam, kerosakan yang terkumpul akan menyebabkan penuaan menjadi ketara.
*Berdasarkan ujian in vitro RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI
Palmitoil Tetrapeptide-7 Mencetuskan penghasilan kolagen baru *
Ekstrak Biji Kapas Menggalakkan pemulihan kulit *; mengurangkan kesan kerosakan harian *
Ekstrak Acai Berry Membantu mengisi semula kehilangan antioksidan pada siang hari
Ekstrak Buah Berangan Menggalakkan pusing ganti kulit *
Sterol Buah Delima Berpotensi membantu memperkuat dan menstabilkan perintang kulit
* Berdasarkan ujian in vitro
LEMBAR FAKTA PRODUK: TIMEWISE® NIGHT RESTORE & RECOVER COMPLEX RESTORE & RECOVER COMPLEX KENYATAAN TEGUH: CERGASKAN POTENSI PENENTANG USIA KULIT ANDA PADA WAKTU MALAM

No comments:

Post a Comment